Isnin, 14 Julai 2014

Sains sukan

BAB 1 : KONSEP SAINS SUKAN

Sukan boleh dianggap sebagai medium atau perantara untuk memperkenalkan sesebuah negara di peringkat antarabangsa. Melalui bersukan juga perpaduan dan intergrasi rasional dapat dipupuk. Berdasarkan faktor yang dinyatakan bidang sains sukan dilihat mampu mencapai aspirasi tersebut. Selain meningkatkan prestasi sukan dan kemakmuran negara, pengetahuan sains sukan juga membantu kita mengelolakan sesuatu pertandingan, menangani dan mengurus emosi serta memupuk nilai murni dan patriotisme.


KONSEP SAINS SUKAN

Sains sukan merupakan disiplin ilmu yang telah berkembang pesat dan menjadi semakin penting. Disiplin ilmu ini membincangkan pengetahuan mengenai pergerakan yang terhasil daripada fungsi fisiologi manusia dan kepentingannya terhadap penigkatan prestasi atlet. Antara subdisiplin ilmu dalam sains sukan ialah anatomi, fisiologi, biomekanik, kawalan motor, pemakanan sukan, perubahan sukan prinsip dan kaedah latihan , pengurusan sukan, psikologi sukan dan sosiologi sukan


DEFINISI SAINS SUKAN

Sains sukan ialah bidang ilmu yang mengaplikasikan prinsip sains dalam sukan. Antara prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas dalam penghasilan daya, fungsi fisiologi tubuh dalam meningkatkan kemahiran, sumber tenaga untuk pergerakan dan prinsip keseimbangan dalam lakuan. Fokus utama sains sukan ialah membantu menigkatkan prestasi atlet melalui subdisiplin sains sukan.


KEPENTINGAN SAINS SUKAN
Sains sukan merupakan bidang yang penting dalam meningkatkan prestasi sukan. Kajian-kajian saintifik dalam sains sukan membolehkan peningkatan prestasi dalam sukan berprestasi tinggi. Beberapa aspek lain yang turut mendapat kesan daripada kepentingan bidang ini ialah, kesihatan, rekrieasi, ekonomi, dan kerjaya.

PRESTASI SUKAN
Pengetahuan yang baik dalam sains sukan dapat membantu meningkatkan prestasi sukan. sebagai contoh, menganalisis kemahiran dan permainan membolehkan jurulatih merancang latihan spesifik bagi atletnya. Penggunaan alatan sukan berteeknologi tinggi, seperti busar gentian karbon dalam acara memanah dan bentuk aerodinamik kereta lumba juga menigkatkan prestasi sukan. Kajian-kajian terkini, seperti kesan penggunaan tenaga, kesan tokokan karbohidrat dan bantuan ergogentik membolehkan kaedah latihan dan pemakanan atlet diubah suai bagi meningkatkan prestasi.